Herbalife Shah Alam

Sunday, April 24, 2011

Siapakah KAMI?


Siapa kah kami?

Bagaimana ia bermula

Ia bermula dengan tragik. Ibu kepada Mark Hughes, pengasas Herbalife, menjadi ketagihan kepada pil diet yang dibenarkan dan meninggal dunia akibat pengambilan berlebihan. Sungguhpun Mark hanya berumur 18 tahun, beliau bertekad mencari jalan untuk membantu kesihatan pengguna melalui pemakanan yang baik serta mencipta program pengurangan berat badan yang selamat dan berkesan. Setelah beberapa lama melalui proses pengkajian dan pembangunan, Mark melancarkan Herbalife untuk memenuhi misi menjadikan peningkatan kesihatan dan kesejahteraan badan dapat dinikmati oleh semua orang di dunia ini.

Direka secara saintifik khusus untuk kejayaan anda

Produk Herbalife yang inovatif dihasilkan oleh para saintis, doktor dan pakar pemakanan dengan mengambilkira kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Walaupun produk Herbalife berformulakan semulajadi untuk kesejahteraan seumur hidup dan mudah diperolehi, namun janji untuk peluang perniagaan pastinya memberikan ganjaran kewangan yang menguntungkan.

Pakar yang boleh anda Percaya

Lembaga Penasihat Saintifik Herbalife, Kumpulan Perhubungan Perubatan dan Lembaga Penasihat Perubatan adalah tenaga utama di belakang kejayaan industri Herbalife. Kumpulan pakar saintifik inilah yang mengarah pembangunan produk Herbalife menerusi kajian dan pengujian produk, agar kualiti Herbalife mampu mencapai standad yang ditentukan oleh industri pada masa kini.

Sokongan yang boleh anda harapkan

Dengan kumpulan yang melebihi satu juta pengedar bebas menjual produk Herbalife di 73 buah negara di seluruh dunia ( dan jualan retail sebanyak $1.8 billion), anda boleh pastikan yang anda mempunyai sokongan untuk berjaya.

No comments:

Post a Comment